Saat kau menyesal
Kerana dia tak seperti
yang kau harapkan
Saat itu juga dia pun menyesal
Kerana hadirnya telah menjadi
beban dan membuatmu tertekan
Kadang saat ingin mempertahankan
Muncul satu pertanyaan
Bukankah seorang kekasih
tak mengkehendaki kekasihnya
sakit kerana hubungan yang dipaksakan?
Janganlah terburu-buru saat
merencanakan sesuatu
Kerana segala hal perlu sebuah
pemikiran yang matang sebelum dilakukan
Jangan mudah berjanji bila
tidak yakin dengan janji kita sendiri
Jangan berjanji bila itu hanya
untuk membuat orang lain
percaya pada kita
Tetapi kita sendiri tidak dapat
menjaga janji itu dengan baik
Berkorbanlah
Jika dengan berkorban kau merasa
bahagia...
Namun, fikirkan juga
Sekuat apa jiwa dan ragamu mampu
menerima semua! ~af~
No comments:
Post a Comment