Diamond Snow

Monday, April 21, 2014

Cinta dengan $$$ ?!

"dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan...
dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu...
dengan wang anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena...
dengan wang anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan...
dengan wang anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan...
dengan wang anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli hidup...
dengan wang anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli CINTA..." ~af~

Saturday, April 5, 2014

Kisah Pohon Epal




Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur di bawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

***************************************
Waktu terus berlalu,
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya...

***************************************
Suatu hari, dia mendatangi pohon epal itu. Wajahnya nampak sedih.
"Mari ke sini bermain-main denganku" kata pohon epal itu.
"Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi" jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya..."

Pohon epal menyahut, "Emm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu".
Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi.
Pohon epal itu kembali sedih.

***************************************
Suatu hari, kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
"Mari bermain-main denganku lagi" katapohon epal.
"Aku tiada waktu" jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal.
Mahukah kau menolongku?"
"Maaf, aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu" kata pohon epal itu.
Kemudian, anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah datang kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

***************************************
Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal itu sangat gembira menyambutnya.
"Jom bermain-main lagi denganku" kata pohon epal.
"Aku sedih" kata anak lelaki itu.
"Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan belayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?"

"Maaf, aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah belayar dan bersenang-senanglah"
Kemuadian anak lelaki itu memotong batang pohon itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi belayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.
***************************************
Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
***************************************
"Maaf anakku" kata pohon epal itu.
"Aku tidak memiliki buah epal lagi untukmu."
"Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk menggigit buah epal kamu."
jawab anak lelaki itu.
"Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat." kata pohon epal.
"Sekarang aku sudah terlalu tua untuk itu semua." jawab anak lelaki itu.
"Aku benar-benar tak memikili apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini" kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
"Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang" kata anak lelaki itu.
Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat.
Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu"
"Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring dipelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang."
Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitikkan air matanya.
***************************************
Apa yang kita dapat dari cerita tersebut adalah tentang cerita kita semua. Pohon epal itu diibaratkan sebagai ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti),
dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.
Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu, tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.
Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya!
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar!
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya,kita tidak lagi dapat melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat!
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benar cinta!
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya, dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka "orang-orang dikasihi itu" tidak lagi membukakan matanya, selamanya,... ~af~

**** untuk pengetahuan pembaca, penulis juga telah kehilangan seorang yang dikasihi. Kepada pembaca sekalian (yang beragama islam,) bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak saya (Roshidah binti Omar). "Mak, mak tetap mak yang terbaik dalam dunia ni, dan tak ada seorang pun yang dapat menggantikan tempat mak dalam hidup kami adik beradik".,,

Jangan Menyalahkan Diri Bertemu Dengan Orang Yang Salah


Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah...
 
Memang tuhan sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal... ~af~

Doa Buat Suamiku Tercinta


Ya Allah...
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat Mu
Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu
Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…… ~af~