Diamond Snow

Monday, June 9, 2014

Cinta Tak Memerlukan Sebab

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang Suami Isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian Si Isteri bertanya kepada Si Suami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa Abang menyukai saya? Mengapa Abang cintakan saya?

Suami : Abang tak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu Abang memang menyayangi dan mencintai sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana Abang boleh katakan Abang sayang dan cintakan saya sedangkan Abang tak boleh menerangkannya..

Suami : Betul!. Abang tak tahu sebabnya tetapi Abang boleh buktikan bahawa Abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh bagi bukti! Tidak! Saya nak Abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu Abang tak boleh menerangkan sebabnya?

Si Suami menarik nafas panjang dan dia berkata, "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab Sayang cantik, sebab Sayang mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati Abang selalu.Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!".

Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan perangai suaminya. Namun begitu, selang beberapa hari kemudian Si Isteri mengalami kemalangan dan koma. Si Suami amat sedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana Si Suami tahu bahawa isterinya teteap mendengar.

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintaimu.. sekarang bolehkah kau bersuara?
Tidak! Oleh itu,aku tidak boleh mencintaimu..."

"Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu.. sekarang bolehkah kau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu..."

"Jika disebabkan senyuman aku mencintaimu.. sekarang bolehkah kau tersenyum?
Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu..."

"Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu.. sekarang bolehkah kau melangkah?"
Tidak! Oleh itu, aku tidak boleh mencintaimu..."

"Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini selamanya dan cinta tak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di duniatidak boleh di lihat, di pegang. Namun begitu.. ia boleh dirasai dalam hati.."

Maka, menitislah air mata Si Isteri yang masih dalam keadaan koma itu... ~af~






No comments:

Post a Comment