Diamond Snow

Wednesday, March 5, 2014

Kisah Kita

Kisahku bermula ketika...
Aku ditakdirkan Tuhan, bertemu dengan kau semula...

*****************************************

Di saat aku benar-benar putus asa dengan kehidupan aku, kau hadir dengan tiba-tiba. Aku tak sangka dengan kehadiran kau untuk kali ke dua telah mengubah hidup aku serta merta. Aku fikir, kau lah semangatku.
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana hubungan yang kita bina akhirnya sampai ke puncaknya.
Aku telah sah menjadi seorang wanita yang bergelar isteri. Aku amat bertuah kerana aku telah menjadi seorang isteri kepada teman yang amat ku kasihi. 

*****************************************
Setahun berlalu, kita bukan sahaja digelar suami dan isteri, kita juga digelar papa dan mama. Kerana kita telah pun dikurniakan seorang cahaya mata yang amat comel. Bayi perempuan yang kita sama-sama memilihkan nama untuknya.

*****************************************

Selang beberapa tahun, sekali lagi kita diberi peluang untuk menambah zuriat tercinta. Alangkah bahagianya kita dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki. Sekarang mereka lah mewarnai kehidupan kita. Hari-hari yang mendatang kita jalani dengan penuh riang dan gembira bersama-sama... ~af~

No comments:

Post a Comment